BLACK & BROWN PUBLICATIONS
  • Home
  • Tempahan Ya Sin
  • English
  • Pengalaman
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penerbitan Buku
  • Pengembangan
  • Warna Asli
  • Islamic Art
  • Publications
  • Photography
  • Design Studio
  • About Us

Penerbitan Buku

Sayap Sutera

Picture
Penulis                : ZARA
Saiz                         : 17.7sm x 11sm
Halaman            : 260 muka surat

Sayap Sutera adalah penerbitan novel pertama yang mengetengahkan konsep Didik Hibur iaitu konsep novel mendidik sambil menghibur dengan kaedah yang berlainan dari biasa.  Novel ini menceritakan kisah cinta di antara 2 manusia dan cinta mereka kepada Allah.

Ia mengisahkan perjalanan Mazlan dan Ireen, perempuan keturunan Cina untuk mencari kebenaran hakiki. Perjalanan yang bermula dari Langkawi terus ke Hong Kong, Taipeh, China dan Iran memberi pengajaran mengenai Islam yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran mereka. Kebanyakannya secara kebetulan. Semuanya kerana solat yang membuatkan mereka mengenal diri, mengukuhkan cinta suci Mazlan kepada Allah dan cinta Ireen kepada Mazlan. Apakah sebenarnya yang dicari oleh Mazlan  dan mengapa Ireen tertarik dengan Islam. Novel ini meleraikan jawapannya.

Novel bercorak agama ini adalah yang pertama diterbitkan yang memberi pengetahuan dan pendidikan mengenai solat dan diselitkan dengan falsafah dan pengertian Islam yang tinggi tetapi melalui pengolahan yang mudah difahami dan menghiburkan. Novel pertama yang mempunyai nota kaki sebagai penjelasan kepada perkara-perkara solat yang diceritakan di dalam novel harus dibaca oleh semua.


Menyingkap Rahsia Solat

Picture
Diedit oleh          : Hj. Zainuddin Hj. Ab. Rahman
Saiz                            : 17.7sm x 13sm
Halaman               : 80 muka surat
Harga                      : RM8.00 (tak termasuk kos penghantaran)

Solat itu adalah mikraj bagi umat Islam. Ia adalah medium yang membawa seseorang untuk meningkatkan iman, ilmu dan taqwa kepada Allah S.W.T, dan jalan untuk lebih mengenali al-Khaliq serta mencintai-Nya. Namun soalnya, sejauh manakah kita memahami keindahan yang tersirat di sebalik solat ini?

Atas kepentingan ini, maka buku ini diterbitkan. Buku ini adalah hasil koleksi artikel Sisipan Seni yang membincangkan pelbagai  aspek menarik mengenai solat. Ia mengajak pembaca untuk melihat solat dari perspektif yang berbeza dari kebiasaan. Persoalan-persoalan penting seperti mengapa kita solat, bagaimana mencapai khusyuk, bagaimana solat itu mikraj cinta Allah S.W.T. dan lain-lain sepaling kurang akan membuka perspektif baru kepada pembaca yang sentiasa mencari jawapan kepada persoalan-persoalan seumpama itu. Pendekatan buku ini juga menarik, ringkas serta mudah difahami. Justeru, buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam yang dahagakan ilmu bermanfaat dan yang mencari kesempurnaan cinta Allah S.W.T. melalui solat.


The Art of Seeing Science

Picture
Author                : Hajah Nurjuanis Zara Zainuddin
Saiz                        : 5.35in x 8.25in
Halaman           : 80 muka surat

One book describing one day in the life of a student and how she sees science and maths everywhere!
Enjoy it. Discover your world. And you’ll discover yourselves!

For once a teenager speaks to teenagers about the pursuit of knowledge and the love of science and maths as key to the success of a nation.

In the language of today’s youth, Nurjuanis Zara attempts to convince her peers that the pursuit of knowledge is a responsibility but at the same time is fun and relevant to understanding life itself.
She demonstrates in a series of ten articles that science and maths are inseparable parts of daily life from which learning is gained. This book describes one day of her life as a student and how science and maths can enrich understanding and ultimately the mind.

A MUST READ book for students in pursuit of scholarly achievement.


Beauty In Miniature

Picture
Saiz             :24sm x 30.5sm
Tebal         :200 muka surat

  • Penerbitan buku pertama seumpamanya di Malaysia.
  • Mendapat kerjasama daripada Yayasan Albukhary.
  • Mengetengahkan rakaman fotografi bunga-bunga kecil yang jarang diambil perhatian oleh orang ramai, pengkaji-pengkaji botani mahupun pencinta alam dan seni.
  • Ia mempunyai nilai-nilai eksotik dan seninya tersendiri.
  • Mempunyai kepentingannya kepada negara dalam sektor pelancongan, pendidikan, perubatan dan sebagainya.
  • Dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2005 oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Budaya Puspita Melayu

Picture
Saiz         : 15sm x 22.8sm
Tebal     : 250  muka surat

  • Buku ini berkonsepkan “Didik Hibur”.
  • Satu konsep pertama yang menggunakan pendekatan melalui kaedah mendidik sambil menghibur dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
  • Mendapat kerjasama penuh daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • Penerbitannya menyentuh mengenai peranan dan kepentingan bunga dalam aspek budaya Melayu Malaysia dari dulu hingga kini.
  • Ia merangkumi seni bahasa dan kesusasteraan Melayu, budaya nama Melayu, adat resam, seni tampak, perubatan, kecantikan, lagu-lagu dan pelbagai aspek lagi.
  • Buku ini mengandungi fakta-fakta ilmiah, kajian-kajian, buah pemikiran dan berbagai-bagai bidang pengetahuan.
  • Disampaikan dalam bentuk penulisan kreatif seperti cerpen, sajak dan lain-lain.


Cahaya Masjid-Masjid Selangor

Picture
Saiz            : 29sm x 26.7sm
Tebal        : 212 muka surat

  • Penerbitannya adalah untuk pemilikan dan kegunaan Kerajaan Negeri Selangor dengan perkenan D.Y.M.M. Sultan Selangor.
  • Mengetengahkan maksud cahaya masjid di mana ia adalah ungkapan yang mewakili keseluruhan komponen masjid.
  • Komponen masjid merangkumi arkitektur, hiasan dalaman, artifek, aktiviti jemaah, susun atur dan sebagainya.
  • Aktiviti-aktiviti seperti solat berjemaah, bertasbih, berzikir, bacaan al-Quran dan majlis ilmu adalah mengungkap makna cahaya masjid.
  • Buku ini juga akan mengupas mengenai pengaruh masyarakat awal negeri Selangor dan pengaruh mereka kepada budaya senibina.


Malaysia In Stamps: The Mark Of A Nation

Picture
Saiz              : 30sm x 24sm
Tebal          : 100 muka surat

  • Penerbitan buku ini adalah untuk pemilikan dan kegunaan Pos Malaysia Berhad.
  • Satu usaha pertama dan belum pernah dilaksanakan di Malaysia.
  • Penerbitannya unik kerana mengetengahkan beberapa aspek utama dalam dunia setem.
  • Bermula dari sejarah kewujudannya, sejarah perkembangan setem di Malaysia, peranan dan fungsi Pos Malaysia Berhad sehinggalah kepada peranan setem sebagai “duta” dalam mengetengahkan keindahan dan keunikan alam semulajadi, seni dan budaya negara ke persada nasional dan antarabangsa.


Asmaradana

Picture
Penulis                : Ratu Tanjung
Saiz                         : 11 x 17.7 cm
Halaman            : 320 halaman

Kisah percintaan antara Mohd Hadi dan Nur Huda yang indah dan suci. Mereka mempunyai talian persaudaraan tiga pupu dan berkawan sejak kecil lagi. Suasana kehidupan di kampung memberi kesan yang menarik kepada percintaan ini. Dunia kampus dan kerjaya memberi suntikan lebih matang kepada cinta mereka. Kisah cinta mereka bukan sahaja berlegar di sekitar tanah air, malah menjangkau hingga di bumi asing. Namun hubungan mereka tidak sunyi dari konflik. Sengketa lama antara Aziz, bapa Nur Huda dan Abas, datuk Mohd Hadi rupanya masih belum usai. Umpama bara yang hampir padam, ia dihidupkan semula oleh Lokman, bapa saudara Nur Huda yang menaruh dendam terhadap Musa, bapa Mohd Hadi disebabkan masalah politik dan perniagaan.

Cinta Mohd Hadi dan Nur Huda juga ada pasang surutnya. Mereka pernah diduga oleh Katmin, orang ketiga. Sering bergoncang kerana fitnah dan salah faham. Tekanan hidup dan tuntutan material turut datang menguji. Cinta yang kelayuan mekar kembali bila menyedari mereka hanya mangsa kepada keadaan. Namun semuanya sudah terlambat, bila Mohd Hadi dijemput pulang oleh Allah S.W.T.


Sisipan Seni Seni Mushaf: Asas Seni Tampak Kudus-Melayu

Picture
Diedit oleh         : Hj. Zainuddin Hj. Ab. Rahman
Saiz                           : 20sm x 19sm
Halaman              : 200 muka surat

Dalam suasana masyarakat pembaca hari ini yang semakin bijak dan dahagakan penulisan segar, kreatif dan lebih mencabar, Black & Brown menampilkan Buku Sisipan Seni-Koleksi Artikel menarik yang menyentuh pelbagai isu dan aspek berkaitan seni Islam.

Dengan penerangan yang kreatif dan mudah, ia menggali beberapa aspek pemikiran dan idealisme bidang seni Islam yang jarang dikupas dalam seni penulisan tanahair maupun di arena antarabangsa. Buku ini berkaitan dengan pembinaan seni mushaf dan seni Islam berasas budaya Melayu. Maka penekanan diberikan kepada seni yang berakar umbi dari budaya Umat Islam Melayu yang tinggi ini.

Penulisan dalam buku ini bukan sahaja memperkenalkan bidang seni Islam yang unik, malah ia juga melontarkan idea dan pemikiran yang bernas dalam konteks pembinaan kembali budaya Islam yang terhakis oleh ‘Tsunami’ globalisasi serta gaya hidup masa kini. Justeru, buku ini perlu dimiliki oleh pencinta seni, generasi muda, siswa-siswi, para pengkaji dan juga orang ramai.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tempahan Ya Sin
  • English
  • Pengalaman
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penerbitan Buku
  • Pengembangan
  • Warna Asli
  • Islamic Art
  • Publications
  • Photography
  • Design Studio
  • About Us