BLACK & BROWN PUBLICATIONS
  • Home
  • Tempahan Ya Sin
  • English
  • Pengalaman
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penerbitan Buku
  • Pengembangan
  • Warna Asli
  • Islamic Art
  • Publications
  • Photography
  • Design Studio
  • About Us

Pengalaman

Penerbitan

1. Mushaf al-Quran:

  • Kemahiran yang dimiliki telah mengilhamkan pembinaan projek Al-Quran Mushaf Malaysia iaitu penghasilan mushaf al-Quran pertama negara dan kedua  di dunia sejak hampir 500 tahun yang lampau dalam mengetengahkan seni mushaf. Pembinaan manuskrip siap pada tahun 1999 (630 lembaran bersaiz AO dan bernilai RM21 juta) dan dicetak untuk edaran awam pada tahun 2000. Kemudian menghasilkan Siri Koleksi Al-Quran Mushaf Malaysia pada tahun 2003.
  • Membina Al-Quran Mushaf Terjemahan dalam bahasa Inggeris untuk Technology Resources Industries (TRI) pada 1999.
  • Ma’aarij Tilawah Al-Quran (Juz ‘Amma) beriluminasi penuh dengan terjemahan dalam bahasa Melayu menggunakan terjemahan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 1997.
  • Menyelenggara penuh penyalinan Al-Quran Mushaf Nur Fatimah, manuskrip mushaf al-Quran salinan tangan beriluminasi penuh oleh wanita. Mendapat anugerah antarabangsa sempena pameran Al-Quran Antarabangsa Tehran, Iran pada tahun 2000.
Picture
Al-Quran Mushaf Malaysia
Picture
Al-Quran Mushaf Terjemahan
Picture
Ma’aarij Tilawah Al-Quran (Juz ‘Amma)

2. Penerbitan buku untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Pengalaman dalam bidang penerbitan telah mendapat kepercayaan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk menerbitkan buku bagi kegunaan Kementerian.
    Antara penerbitan buku yang telah dilaksanakan ialah:
Picture
Picture
a. Seri Syahri Syahda
Penerbitan buku ini adalah mengenai sejarah, kemuliaan dan pengisian bulan-bulan terpilih di dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharam, Rabiulawal, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal dan Zulhijah

Picture
Picture
b. Ya Sin, Tahlil Dan Surah-Surah Pilihan
Buku ini mengandungi surah Ya Sin, Tahlil dan Surah-Surah pilihan berserta terjemahan untuk memberi pemahaman dan manfaat secara menyeluruh kepada pembacanya.

Picture
Picture
c. Mutiara Amalan Untuk Wanita Dan Keluarga
Buku ini membincangkan mengenai pengiktirafan al-Quran dan al-Hadis terhadap wanita, sari perjuangan beberapa orang tokoh wanita Islam dan petua berlandaskan al-Quran dan al-hadis serta doa-doa pilihan.

Picture
Picture
d. Solat Mi’raj Al-Mukmin:
Buku ini diterbitkan untuk memudahkan masyarakat memahami solat sebagai ibadah yang mudah untuk dilaksanakan dan menghayatinya agar ia dapat didirikan dengan lebih sempurna. Ia menyentuh mengenai konsep solat, bersuci, solat-solat fardu, solat-solat sunat dan beberapa persoalan berkaitan solat.

Picture
Picture
e. NAM: Empowering Women In Facing The Challenges Of Globalisation
Penerbitan buku “Coffee table” ini adalah bersempena dengan persidangan NAM yang telah diadakan di Putrajaya tahun 2005. Buku ini menceriakan mengenai sejarah penubuhan, fungsi dan perkembangan Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

3. Penerbitan buku lain

a. Ya Sin Dan Terjemahan Serta Tahlil bereka bentuk khas untuk Prudential BSN Takaful Berhad
Ya Sin ini diterbitkan dengan mengaplikasi logo Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB dijawikan menjadi Pa, Ba, Ta, Ba) sebagai motif dan reka bentuk bagi menghiasi kulit luar dan setiap lembaran Ya Sin. Usaha pertama seumpamanya di Malaysia dengan menjadikan logo dan warna korporat organisasi sebagai motif dan reka bentuk bagi menghiasai penerbitan Ya Sin.
Melalui usaha ini, anda juga boleh memiliki Ya Sin dengan bereka bentuk khas syarikat anda untuk dijadikan sebagai hadiah, sedekah atau wakaf kepada mana-mana pihak yang dihajatkan atau sempena program-program yang dianjurkan oleh syarikat anda.
Picture
Picture
Picture
b. Buku Ya Sin khas yang diterbitkan mengikut spesifikasi dan keperluan pelanggan.
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

c. Buku ‘Construction Industry Master Plan Malaysia 2006 – 2015’
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memberi kepercayaan kepada Black & Brown untuk menjalankan kerja-kerja penerbitan buku ‘Construction Industry Master Pelan 2006-2015’ yang merangkumi kerja-kerja penyediaan konsep dan logo kulit buku, susun atur, pemilihan gambar dan kerja-kerja percetakan. Ia adalah sebuah buku pelan induk industri pembinaan pertama negara yang diterbitkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia melalui CIDB untuk digunapakai sebagai garis panduan di dalam industri pembinaan. Kemungkinan besar dasar ini tidak berubah dalam jangka masa 15 tahun. Buku ini juga membincangkan mengenai senario dan halatuju sektor pembinaan di Malaysia. Ia diterbitkan dalam bahasa Inggeris yang dicetak dalam dua versi; kulit keras dan kulit lembut. Buku ini dirancang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.
Picture
Picture
Picture

Pembinaan kalendar

i. Nourishment of Nur
Nourishment Of NUR merupakan himpunan 366 petikan dari al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk kalendar yang diketengahkan dalam bahasa Inggeris serta diserikan dengan keindahan 21 bunga-bungaan miniatur bagi menyerlahkan lagi keindahan dan keistimewaan penerbitannya. Kalendar ini diterbitkan untuk Prudential BSN Takaful Berhad dan ia dihasilkan bukan sahaja untuk bacaan dan manfaat golongan Muslim, bahkan juga untuk tatapan golongan bukan Muslim. Ia mengajak para pembaca mengenali Islam dengan cara yang lebih menarik dan semoga kebenaran yang diserlahkan itu akan membimbing manusia ke jalan yang benar.
Penerbitan kalendar seumpama ini boleh dikembangkan lagi dengan pelbagai cara antaranya menerapkan ayat-ayat al-Quran dengan keindahan seni khat ataupun menurut cita rasa dan keperluan anda.
Picture
Picture
Picture
ii. Kalendar ‘Masa Itu Emas’
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Ungkapan ‘Masa Itu Emas’ menunjukkan betapa berharganya masa dan manusia perlu menggunakannya dengan bijaksana. Begitu juga dengan kata-kata hikmah. Jika pengajaran yang ada padanya diikuti, maka ia menjadikan kehidupan manusia lebih baik dan bermakna. Justeru, visual yang dihasilkan adalah adaptasi daripada peti harta karun untuk melambangkan bahawa tiada yang lebih bernilai untuk diterapkan dan ‘disimpan’ di dalam kehidupan selain daripada kata-kata hikmah.
Picture
Picture
Picture

Pembinaan Poster

Picture
Poster Hari Raya
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Black & Brown percaya bahawa Islam mengkehendaki setiap sesuatu dihasilkan perlu selari dengan kehendak syariat, bermanfaat dan indah (Allah S.W.T. itu indah dan sukakan yang indah). Justeru sewajarnyalah kad raya memberi manfaat kepada pengirim dan penerima. Kad ini juga boleh digantung sebagai poster dan dengan itu manfaatnya lebih berpanjangan berbanding kad-kad raya biasa.


Pembinaan logo, label dan pembungkusan

i. Pembinaan logo dan label makanan tambahan kesihatan berjenama Safwa:
Black & Brown telah diberi kepercayaan untuk membina logo dan label bagi makanan tambahan kesihatan
berjenama Safwa. Logo tersebut adalah diinspirasi dan disesuaikan mengikut lunas-lunas seni kaligrafi Islam serta
diimplimentasi dengan tulisan tangan. Ia menggambarkan yang produk makanan tambahan kesihatan ini suci dan halal.
Picture
Picture

Picture
ii. Produk Tropical Gem; Extra Virgin Coconut Oil
Pembinaan desain pembungkusan bagi produk ini mencapai standard dan kualiti untuk pasaran Inflight shop MAS.

Picture
iii. Produk Roselle:
Pembinaan desain bagi pakej pembungkusan produk Roselle ini merangkumi pembinaan desain pek minuman, makanan kering dan label pembungkusan jem. Desain yang dikeluarkan mencapai standard dan kualiti antarabangsa serta setanding dengan jenama  kordial lain seperti Ribena dan sebagainya. Ia sekaligus dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap kualiti pembungkusan produk keluaran  tempatan.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tempahan Ya Sin
  • English
  • Pengalaman
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penerbitan Buku
  • Pengembangan
  • Warna Asli
  • Islamic Art
  • Publications
  • Photography
  • Design Studio
  • About Us