Songket
Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Suatu ketika dahulu, para pedagang menjadikannya sebagai hadiah untuk dipersembahkan kepada para sultan. Menyedari hakikat ini, maka pihak B & B merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membina produk songket dengan penjenamaan semula sebagai satu langkah untuk melestari dan memperkayakan lagi industri songket di Malaysia. Jika tidak dilakukan sesuatu, dibimbangi nanti songket akan mengalami kepupusan dan tidak lagi dikenali oleh generasi muda.
Keunikan dan kesungguhan usaha pembinaan produk songket ini adalah berdasarkan program Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang menjadi tunjangnya. Kajian dilakukan dengan mengenal pasti perkara-perkara dengan identiti yang boleh dikeluarkan motif. Perbezaannya ialah songket akan ditenun berdasarkan kehendak individu ataupun badan korporat dengan memasukkan identiti mereka ke dalam motif tenunan itu. Penghasilan pelbagai motif baru ini akan memperkayakan lagi khazanah motif songket Malaysia di samping mengekalkan motif-motif tradisional yang sedia ada.
Sebelum ini, industri songket lebih sinonim dengan negeri-negeri di pantai timur Malaysia. Namun usaha penjenamaan semula ini membina industri songket di sebelah pantai barat pula. Ini kerana industri songket bukan hak pantai timur bahkan harus bertapak di sebelah sini kerana di sini terdapat beberapa kemudahan dan dengan kelebihan itu pastinya songket tidak akan ketinggalan zaman.

Jubin Girih
‘Girih Tiles’ ialah seni geometrik Islam yang telah digunakan dalam dunia seni bina Islam sejak lebih 800 tahun yang lampau. Peter J. Lu telah membuktikan melalui kajian yang dibuatnya bahawa masyarakat Islam telah lebih mendahului mengaplikasikan Girih Tiles ini iaitu gabungan matematik dan seni dalam seni bina. Penemuan ini telah mengalih pandangan mengenai seni geometrik yang dikemukakan oleh Roger Penrose pada tahun 1970-an.
‘Girih Tiles’ mempunyai karakteristiknya tersendiri iaitu binaannya terdiri daripada gabungan lima poligon antaranya pentagon, decagon dan hexagon yang masing-masing mempunyai pola dekorasi yang unik. Binaannya juga bersandarkan kepada garis-garis geometrik dan mempunyai bentuk di antara bentuk. Binaan Girih Tiles ini boleh dilihat dibinaan-binaan bangunan di Isfahan, Iran, Turki dan Taj Mahal di India.
Melalui inspirasi ini, Black & Brown kini mengorak langkah melaksanakan usaha untuk mengadaptasikan ‘Girih Tiles’ ini bersandarkan kepada budaya Malaysia agar ianya dapat memperkayakan lagi dunia seni tanah air.Ruangan Artikel Sisipan Seni disumbangkan oleh Black & Brown dan diterbitkan dalam Akhbar Tiga, Utusan Malaysia hari Jumaat setiap dua minggu. Berikut adalah sinopsis ringkas mengenai isi kandungan artikel-artikel tersebut.

Pembinaan Al-Quran Mushaf Asli
Usaha menghasilkan manuskrip mushaf al-Quran beriluminasi (berhias) dan berwarna penuh dengan menggunakan bahan-bahan dari sumber alam semulajadi.
Kepingan-kepingan kayu sebagai lembaran manuskrip, penerapan warna di ambil daripada bunga-bunga, daun-daun, rempah ratus dan sebagainya serta penggunaan alat penyalinan daripada alam seperti handam, ijuk, buluh dan sebagainya.
Ia akan dilaksanakan sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli di Malaysia.
Telahpun dimaklumkan kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Februari 2004 di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Projek pertama seumpamanya di dunia ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada penambahan pembinaan dan pengembangan tamadun dan budaya negara, sekaligus memartabatkan masyarakat pribumi Malaysia ke persada antarabangsa.