Rawatan Ahmar Islam Selangor (RAIS)
Rawatan Ahmar Islam Selangor ialah sebuah persatuan bukan kerajaan dan bukan berteraskan keuntungan yang membantu pesakit-pesakit angin ahmar dan keluarga pesakit dalam menangani musibah yang menimpa mereka serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peri pentingnya mengetahui mengenai penyakit angin ahmar.
Angin Ahmar Angin Ahmar merupakan penyakit maut kedua dan antara yang paling berbahaya di dunia yang mana jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, angin ahmar sudah mengatasi penyakit barah dengan jumlah kematian melebihi 2,900 orang setiap tahun menjadikannya penyakit maut ketiga selepas penyakit jantung. (Sumber: Berita Harian, Khamis 4 Julai 2002)
Fungsi RAIS:
Memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya masyarakat Islam mengenai penyakit angin ahmar yang menjadi antara pembunuh utama manusia.
Memberi khidmat nasihat, kaunseling dan motivasi kepada pesakit-pesakit angin ahmar agar dapat meneruskan hidup seperti biasa tanpa ada rasa rendah diri dan putus asa.
Menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling kepada ahli keluarga pesakit angin ahmar agar dapat memberi dan menyediakan rawatan yang sempurna agar pesakit tidak merasa diri mereka disisihkan atau menjadi satu beban keluarga.
Memberi kesedaran kepada pesakit angin ahmar khasnya dan masyarakat amnya tentang apa yang boleh dipelajari daripada penyakit angin ahmar.
Keahlian:
RAIS terbuka kepada sesiapa sahaja samada pesakit angin ahmar, keluarga pesakit dan seluruh lapisan masyarakat yang ingin bersama-sama membantu mengembangkan lagi fungsi dan peranan RAIS agar lebih menyeluruh dan efisien.
Walau bagaimanapun RAIS hanya menyediakan khidmat nasihat, rawatan dan kaunseling kepada pesakit angin ahmar yang beragama Islam sahaja.
Aktiviti RAIS:
Antara aktiviti awal yang telah dirancang oleh RAIS ialah:
a.Penerbitan buku:
Usaha penerbitan buku bertujuan untuk memberi kesedaran secara menyeluruh kepada masyarakat mengenai penyakit angin ahmar. Antara buku yang telah dirancang untuk diterbitkan ialah:
i.Buku; Angin Ahmar: Hikmah Daripada Cubaan Hidup
Buku ini merupakan catatan pengalaman sebenar yang dilalui oleh Tn. Haji Zainuddin Hj. Ab. Rahman, seorang pesakit angin ahmar yang hampir sembuh. Beliau ingin berkongsi pengalamannya agar masyarakat lebih prihatin terhadap penyakit ini. Bukan sahaja dari segi rawatan, malah apa yang lebih penting ialah langkah-langkah pencegahan. Beliau mahu masyarakat sedar bahawa penyakit ini bukan sahaja dilihat sebagai penyakit fizikal bahkan memberi kesan kepada seluruh kehidupan bagi mereka yang terlibat. Sebagai seorang muslim pula, penyakit itu menjadi satu hikmah dalam peningkatan ketakwaan kepada Allah S.W.T., bukan semakin melemahkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
ii.Buku; Psikologi pesakit angin ahmar
Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca mengenai emosi pesakit angin ahmar dan cara berkesan menguruskan emosi mereka serta rawatan dan kaedah terapi yang boleh digunakan.
iii.Novel; Seperti Tunggul Bertunas Lagi
Novel ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang masih muda tetapi telah diserang oleh penyakit angin ahmar. Sebelum diserang penyakit itu, dia merupakan seorang yang melalaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan tidak mengamalkan cara hidup sihat. Kesan daripada penyakit itu telah membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Dia telah kembali ke pangkal jalan dan lebih menghargai kehidupan ini kerana dia telah diberi peluang yang kedua oleh Allah S.W.T.
b. Projek Latihan dan Motivasi Remaja Islam
Projek ini bertujuan untuk melatih golongan remaja Islam menjadi sukarelawan yang akan membantu pesakit angin ahmar untuk menjalani sesi pemulihan dan seterusnya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Kebaikan projek:
Untuk menjadikan golongan remaja Islam sebagai kelompok masyarakat yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat Islam khususnya dan masyarakat lain amnya.
Untuk memanfaatkan zaman remaja mereka dengan melakukan amal jariah dan kerja-kerja kebajikan.
Untuk membuka dimensi baru dalam pemikiran masyarakat Islam bahawa pentingnya cara hidup yang sihat dan menyedari bahawa penyakit angin ahmar boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.
Golongan remaja yang terlibat boleh menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk membantu ahli keluarga dan kenalan mereka yang diserang penyakit angin ahmar.
c. Sumbangan penulisan:
Ahli-ahli persatuan atau sesiapa sahaja boleh menyumbangkan hasil penulisan mengenai angin ahmar kepada RAIS melalui alamat e-mel; [email protected]. Penulisan boleh mengenai pengalaman diserang penyakit angin ahmar, pengalaman merawat ahli keluarga yang terkena serangan angin ahmar, petua dan rawatan.
Persatuan berhak untuk memilih mana-mana hasil penulisan yang difikirkan sesuai untuk disiarkan di dalam laman web RAIS. Setiap hasil penulisan yang dihantar samada dipilih untuk disiarkan atau tidak adalah menjadi hak milik RAIS.
d. Bagi memperingati En. Tan Pau Chan
Karya penulisan ini ditulis oleh Hj. Zainuddin Hj. Ab, Rahman bagi memperingati perjuangan dan sumbangan En. Tan Pau Chan iaitu guru beliau semasa belajar di Sekolah Menengah Tinggi Klang. Karya penulisan ini dikarang semasa lebih kurang enam bulan beliau mengalami penyakit angin ahmar. En. Tan Pau Chan ialah pengasas Persatuan Parkinson Malaysia dan telah meninggal dunia pada Mac 2007 disebabkan oleh penyakit Parkinson yang dihidapinya selama lebih 30 tahun.
Hj. Zainuddin masih lagi mengingati kata-kata En. Tan Pau Chan iaitu dalam hidup seseorang itu perlu ada tujuan dan hala tuju agar kehidupan akan lebih bermakna dan bermanfaat untuk dirinya dan masyarakat.
Hj. Zainuddin ialah pengasas kepada Rawatan Ahmar Islam Selangor (RAIS) iaitu pertubuhan yang antara matlamat utamanya ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya masyarakat Islam mengenai penyakit angin ahmar.