Sepatah Kata
Buku-buku Ya Sin yang padat ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan sesuai dijadikan hadiah bagi memperoleh pahala sedekah yang berpanjangan. Hal ini dinyatakan dalam hadis di bawah yang bermaksud:
“Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)Bersedekah melalui ilmu (Ya Sin) merupakan pelaburan saham (pahala) yang berterusan berbanding bersedekah dengan cara yang lain seperti sedekah makanan. Hal ini kerana selagi penerima sedekah mengamalkan dan menghayati bacaan Ya Sin selagi itulah pahala mengalir kepada pemberi sedekah.
Ya Sin ini juga menggunakan kertas yang berkualiti tinggi dan memiliki nilai seni yang tersendiri. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan barangan sedekah kerana sebaik-baik sedekah adalah yang disukai penerima seperti yang dinyatakan di dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Surah al-Baqarah 2 : 267)
Surah Ya Sin, Tahlil dan Surah-surah Pilihan serta Doa Harian
|
Zikir Am Nusantara
|
Surah Ya Sin dan Surah-surah Pilihan. Doa Ya Sin, Tahlil dan Al-Ma'Thurat serta Terjemahan
Surah Al-Qamar & Ar-Rahman, Terjemahan dan Tafsir
|
Surah Al-Kahfi berserta Terjemahan (Jualan Amal)
|
English Translation of Ya Sin and Selected Sura's
- Terjemahan Ya Sin ini adalah dalam bahasa Inggeris.
- Buku ini sesuai untuk golongan muallaf yang kurang memahami bahasa Malaysia dan yang ingin memahami ayat-ayat yang dibaca.
- Terdapat dua buah surah pilihan iaitu surah as-Sajadah dan surah al-Mulk beserta terjemahan.
- Surah al-Mulk dipilih kerana ia adalah surah keamanan dan keselamatan. Oleh sebab itu ia menjadi penyelamat dan pendinding dari segala bencana kepada pembacanya.
- Bagi penjelasan yang paling kuat bagi pemilihan surah al-Mulk dan as-Sajadah ialah berdasarkan hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah as-Sajadah dan surah al-Mulk.” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ Dan Silsilah Ahadis as-Sahih)
Ya Sin Kahwin
- Terdapat Ya Sin dan Tahlil serta terjemahan.
- Buku ini bersaiz kecil yang mana sesuai untuk dijadikan hadiah kepada tetamu pada majlis perkahwinan.
- Ia juga memudahkan muslimin untuk membawanya ke majlis keraian dengan meletakkannya dalam saku baju melayu atau jubah.
- Warna keemasan pada kulit naskah ini sangat menarik yang mana sesuai dengan tema majlis perkahwinan yang cantik dan ceria.
Ya Sin, Tahlil dan Himpunan Doa-doa
- Terdapat doa-doa amalan yang boleh digunakan pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan.
- Malah terdapat juga doa-doa selepas melakukan solat sunat seperti doa solat sunat tahajjud, istikharah, hajat, dhuha, tarawih serta doa angin ahmar.
- Terdapat surah-surah lazim seperti surah al-Kafirun, al-Kautsar, al-Ma’un, al-A’laa dan lain-lain yang mana ia selalu dibaca dalam solat tarawih dan juga membantu golongan yang ingin menambah hafalan surah bagi membacanya di dalam solat.
- Buku ini juga terdapat ayat asy-syifa, ayat tujuh dan basmalah 5.
- Basmalah 5 merupakan pendinding dan ayat penyembuh (syifa) bagi segala penyakit yang bermanfaat jika dijadikan amalan seharian.
Ya Sin Dan Surah-surah Pilihan
- Buku ini terdapat lima buah surah iaitu Ya Sin, as-Sajadah, ar-Rahman, al-Waqi’ah dan al-Mulk. Beramal dengan surah-surah ini dapat memberikan banyak kelebihan tersendiri. Antara kelebihan amalan surah al-Waqiah berdasarkan hadis ialah:
“Siapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud ra)
- Terdapat juga asma’ul husna beserta terjemahan yang mana sesuai untuk diamalkan selepas solat. Selain itu ia sangat bagus dijadikan hafalan dengan mengamalkannya seperti dalam hadis yang bermaksud :
Dari Abu Huraira ra: Nabi SAW bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (esa) dan Dia menyukai (bilangan) yang ganjil.”
(Sahih Bukhari)
- Mempunyai tiga bahagian utama yang dipisahkan dengan pelbagai warna supaya mudah untuk mencari surah atau doa yang diingini.
Ya Sin & Doa Ruqyah
Ya Sin Aaila
- Dalam buku ini terdapat doa-doa untuk bayi yang baru lahir dan doa untuk anak kecil yang sentiasa menangis serta doa Nabi Ibrahim as bagi membina keluarga yang soleh dan solehah.
- Buku ini boleh dihadiahkan khusus bagi bayi-bayi yang baru lahir atau yang bakal lahir serta pasangan yang berkeluarga untuk menjadikan keluarga itu mawaddah wa rahmah.
- Ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah tetamu semasa majlis aqiqah bayi yang baru lahir.
- Buku ini bertemakan “pink” yang sesuai untuk bayi-bayi yang baru lahir yang mana mereka itu memiliki sifat comel yang semula jadi kejadiannya.
Surah Yasin dan Surah-surah Pilihan. Doa Yasin, Tahlil dan Al-Mathurat
- Mempunyai al-Ma’thurat dan terjemahan di samping adanya tahlil dan surah-surah pilihan.
- Kandungan al-Ma’thurat terdapat ayat al-Quran, zikir, wirid dan doa yang menjadi amalan Rasulullah SAW. Oleh sebab itu al-Syahid Imam Hassan al-Banna telah menyusun al-Ma'thurat bagi memudahkan muslim beramal dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
- Dikatakan apabila beramal dengan al-Ma’thurat akan dilindungi daripada segala gangguan. Hal ini dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Thabarani dalam kitab al-Kabir dan al-Hakim dalam sahihnya dari Ibnu Mas'ud ra Nabi SAWbersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat; empat ayat dari awal surah al-Baqarah, ayat Qursi, dan dua sesudahnya, serta ayat-ayat terakhir dari al-Baqarah tersebut, maka rumahnya tidak akan masuk oleh syaitan sampai pagi."
- Setiap muslim dianjurkan membaca zikir al-Ma’thurat selepas subuh dan sebelum maghrib.