BLACK & BROWN PUBLICATIONS
  • Home
  • Tempahan Ya Sin
  • English
  • Pengalaman
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penerbitan Buku
  • Pengembangan
  • Warna Asli
  • Islamic Art
  • Publications
  • Photography
  • Design Studio
  • About Us

Tentang Kami

Black & Brown Publications merupakan sebuah perniagaan yang menumpukan reka bentuk Islamik. Penerbitan utama bagi Black & Brown Publications ialah dalam penyelenggaran Al-Quran Mushaf Malaysia (AMM) sejak tahun 1997 hingga tahun 2003 dalam mengetengahkan seni mushaf. Black & Brown juga telah menyelenggara penuh penyalinan Al-Quran Mushaf Nur Fatimah dan membuat manuskrip mushaf al-Quran salinan tangan beriluminasi penuh oleh wanita. Hasilnya kami mendapat anugerah antarabangsa sempena Pameran al-Quran Antarabangsa Tehran, Iran pada tahun 2000. 


Black & Brown Publications juga turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dalam menerbitkan buku bagi kegunaan mereka. Selain itu Black & Brown Publications turut menyediakan perkhidmatan dalam pembinaan poster, kalender, logo, label, pembungkusan dan ruang seni.


Black & Brown juga adalah sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman luas dalam menjalankan program latihan, komunikasi dan motivasi korporat kepada berbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Antara pihak yang pernah mendapatkan khidmat Black & Brown adalah Caltex , Beechams dan beberapa syarikat dalam serta luar negara. 
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Tempahan Ya Sin
  • English
  • Pengalaman
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penerbitan Buku
  • Pengembangan
  • Warna Asli
  • Islamic Art
  • Publications
  • Photography
  • Design Studio
  • About Us